Another story that I wanted to remember for the rest of my life. A story that I treasured and repeatedly thanking Allah for made it happen. A story that changed my life forever. A story that obviously made me a mama!!
I get married in August 2017 and by October makciks bawangs started their job questioning 'dah ada isi ke belum' 'bila nak ada isi' 'anak first tak payah la beria merancang' bla bla bla bla.. the thing is, just belum ada rezeki lagi.
Lama-lama, bila dapat banyak soalan cepumas tu hati jadi tak tenteram and tak tenang. Dalam masa yang sama banyak dah upt terkorban and hasilnya takde pun yang positive semua negative. Lepastu datang la syaitonirrojim bisik dekat telinga, macam mana kalau betul tak boleh pregnant??? Nervous tau tak!
So I bought OPK strip from satu igshop ni. OPK ni function untuk detect hari yang high tendency untuk pregnant. See, nampak tak effort tu? hehe. Borang OPK tu pun isi hari-hari takde missed satu pun. Sayangnya lupa nak snap gambar both OPK & borang tu. So, until one day, I test OPK macam biasa. Hari tu sepatutnya OPK negative sebab hari yang positive dah berlalu. But it turned out OPK jadi positive that day. Bila refer google & blog2 orang yang TTC, ada yang pregnant and ada jugak yang tak. Masa ni tak berharap and tak rasa apa-apa lagi. Esoknya, test OPK lagi and still positive lagi. Masa ni tak berani lagi nak guna UPT sebab sedih kalau negative and taknak kecewa. So, lepas test buat bodo je and teruskan kehidupan macam biasa.
So, lepas dah dua hari OPK masih positive, beranikan diri guna UPT. And, for the first time in my life UPT positive. Tangan shacking and mulut non-stop saying alhamdulillah walaupun macam tak percaya and nervous and blank and speechless and confuse. Macam-macam perasaan datang masa tu.
Meet my very first positive upt
And the next day, beli UPT brand lain untuk double confirm. And as expected, turned out positive jugak alhamdulillah. Malam tu tunjuk dekat A UPT tu. And how could I forget the sloppy kisses and tight hug I got that night hehe. He did sujud syukur too after that. And the rest was history. I became a princess ever since that.
Double confirm!
Alhamdulillah, smooth pregnancy I must say. Takde alahan at all, kaki takde bengkak, muka tangan tak sembap, muntah ada dalam 4,5 kali je, tidur malam masih lena even time penghujung minggu mengandung. All is well, Allah is great! Alhamdulillah.
Pregnant me
Getting bigger!
The very last day, who knows kan :)
So here's the birth story...
It was Monday August 20th 2018, after praying isyak, I duduk dekat meja computer sambil browsing Zalora & Poplook & in the same time tengah on the phone dengan A. Around 9.30pm macam tu I noticed ada air atas kerusi and I thought I terkencing. Makin lama air makin banyak & I tak rasa macam kencing pun. Bila dah sedar actually, it was air ketuban!! Sambil terketar bagitahu A through the phone yang my water already broke. A, on the other side 'ha dah sakit ke? nak I balik sekarang ke?' k I gerak sekarang tunggu, tunggu'.
Lepas tu, terus turun bawah bilik my mom untuk bagitahu dia. My mom said that my dad could take me to the hospital kalau nak pergi sekarang (sebab A belum sampai). I said takpelah tunggu my husband sampai since belum rasa sakit lagi and goggle kata lepas air ketuban pecah baby boleh bertahan up to 24 hours.
Long short story, A arrived at my parents' around 11.30pm and we straight to the hospital. Settle register semua, kena tunggu untuk check punyalah lama. Pukul 2.00am++ kena panggil untuk check & I was very lucky dapat Dr senior yang check VE for the first time. Tak sakit cuma tak selesa sikit je. The opening was already 4cm masa first VE check tu. Lepas tu Dr mintak untuk baring mengiring (tak ingat untuk apa haha). Ada lah dalam 10 minit macam tu baring dekat waiting bed tu sebelum nurse datang mintak tukar baju pink sebab dah nak masuk labour room. Masa ni sakit belum ada lagi.
Dalam labour room, nurses masuk kan ubat induce (pitocin). Nursepesan akan ada rasa sakit sikit lepas masuk ubat ni and dia suruh banyak kan berdoa & bersabar. Sesungguhnya we all plan, and He is the one who decides. 5 minit macam tu lepas nurse masuk kan ubat induce, heartbeat baby terus drop. Bukan drop, takde langsung rasanya.. Suasana tenang nurse gelak-gelak terus tukar jadi cemas. Nurse terjerit-jerit panggil doktor. And kebetulan Dr yang available masa tu doktor pelatih je. Doktor check VE once again and monitor CTG baby and decided to sent me to OT. I WAS SHOCKED. SO SHOCKED!!! Tapi speechless time tu. Bila dah sampai OT baru ada doktor yang explain. Understood and I signed every form on my own. It was 3.00 am in the morning by the time I entered the OT.
Experience dalam OT was unforgettable sampai sekarang terngiang-ngiang hahah. I was alive dengar every single thing yang doktor & nurses cakap. Just that, tak nampak diorang sebab ada kain yang lindung and tak rasa sakit sebab kena bius. Katil dalam OT muat-muat badan je kalau pusing sure jatuh ke bawah. Cukup tak selesa sepanjang proses tu sebab tangan kena ikat tak boleh bergerak. One thing for sure, rasa tu macam tak senang duduk serba tak selesa tapi nak bangun tak boleh huhu. Memori sungguh..
Alhamdulillah, tepat 3.31am August 21st, Hayfaa Khadeeja selamat dilahirkan. Masa baby keluar I tak dengar langsung suara baby menangis ke apa ke. Tak tau pun dah selamat keluar. Tapi A on the other hand, dia dengar bunyi baby menangis dari luar OT and he was so sure thats our baby haha. Pukul 5.00am++ baru transfer ke ward biasa selepas lebih kurang satu jam direhatkan di zon stable lepas keluar OT.
Hayfaa Khadeeja binti Mohammad Haminuddin
Alhamdulillah smooth delivery and healthy 3.2 kg babygirl. Welcome to parenthood dear self. Ikhlaskan diri untuk setiap pengorbanan because thats the value of being a mom. Never complained and cherish every moment.
My dear Hayfaa Khadeeja, mama mintak maaf kalau ada yang kurang sepanjang 39minggu Hayfaa dalam perut mama. I hope you know that I did my best ya sayang. Semoga yang baik-baik Allah aturkan untuk Hayfaa. I promise my Dua will always be with you. Thankyouu for coming into our life. Love you always babygirl.
Baba. Mama. Hayfaa